Salam ,
Pengalaman penulis berkenaan Emas mungkin tidak sampai berpuluh-tahun namun dengan sedikit pengalaman ini , perkongsian ini harapnya boleh membantu buat yang mula nak berjinak dengan Emas di Malaysia ...
Mengapa Emas menjadi antara pilihan utama untuk dibuat perniagaan / pelaburan / simpanan ?
- Jika pelabur yang memang menghargai data - sejarah harga emas sudah cukup untuk meyakinkan mereka..
- Namun jika pelabur yang sememangnya mempunyai portfolio yang banyak selain dari emas , contohnya Amanah Saham , Rumah , Simpanan Tetap , Pasaran Saham , Forex atau pelaburan yang sebagaimana pun boleh memahami pelaburan di dalam Emas mungkin bukan yang terbaik namun paling kurang berisiko & stabil..
- Dengan sifat Emas yang sememangnya diterima di mana-mana negara di dunia , jelas sekali memiliki Emas adalah lebih baik dari memiliki wang kertas mana-mana negara sekalipun..;)
- Mengapa Emas begitu dihargai dari zaman dahulu hingga sekarang ? pendapat peribadi penulis mudah sahaja , dari zaman dahulu hingga sekarang Emas terlalu unik , buatlah campuran sebarang unsur di muka bumi ini - tidak mungkin dapat membentuk Emas , jika anda sudah boleh temui cara untuk membuat Emas sendiri , Emas yang dikeluarkan dari perut bumi sebanyak kira-kira 2,500 tan setahun itu tentu sahaja sudah tidak bernilai dari zaman dahulu lagi. Klik sini untuk membaca tentang Emas di Wikipedia.
- Namun setiap orang punya alasan sendiri untuk melabur di dalam Emas , namun di sisi Islam lebih menarik jika komoditi Emas ini ingin kta perkatakan , sebagai Muslim pasti kita menyedari antara Zakat yang wajib dikenakan adalah Zakat Emas & Perak , apa yang istimewa tentang Emas & Perak sehingga mendapat perhatian khusus sehingga perlu di zakatkan ?, mengapa tidak logam yang lain ?
Kita memahami setiap ayat yang diturunkan Allah S.W.T pasti ada hikmahnya ...
Sekian, mungkin selepas ini penulis akan menyentuh bagaimana mahu mengetahui harga emas semasa dunia & di Malaysia...
Insya'Allah...
No comments:
Post a Comment