Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. Al-Baqarah : ayat 110
Zakat Emas & Perak
Zakat Emas & Perak
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud: “Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35
Monday, January 17, 2011
Niaga Emas Johor - ( 17/1/2011 ) - PRECIOUS-Gold rebounds from sharp fall after China move
http://www.bnm.gov.my/statistics/exchangerates.php
Ringgit Foreign Exchange Rates
1 U.S. Dollar/ Ringgit Malaysia Buying:3.0540 Selling:3.0571 Middle Rate:3.0556
//----//
http://www.lbma.org.uk/pages/index.cfm
L
ondon Gold Fixing - ( Update 15:23 - 14/1 ) USD /oz : AM = 1369.25 PM = 1367.00
1 troy ounce = 31.1034768 grams
//----//
http://www.reuters.com/article/idUSL3E7CH00U20110117
PRECIOUS-Gold rebounds from sharp fall after China move
Sun Jan 16, 2011 7:42pm EST SINGAPORE, Jan 17 (Reuters) - Gold rebounded slightly on Monday from a one-percent fall in the previous session, after China further tightened its monetary policy to curb inflation, and holdings in the gold-backed exchange-traded fund continued falling.
FUNDAMENTALS
* Spot gold gained 0.2 percent at $1,363.05 an ounce by 0022 GMT, after falling to a one-week low of $1,354.99 in the previous session.
* U.S. gold futures fell 1.8 percent to $1,362.3.
* China's central bank raised lenders' required reserves on Friday for the fourth time in just over two months, stepping up the fight against inflation it has vowed will be a top priority for the year. * The euro zone faces short-term price pressures which may linger, the European Central Bank said on Thursday, showing it could raise interest rates to contain inflation even while the bloc is gripped by a debt crisis.
* The U.S. economy still needs support from the Federal Reserve, even if growth prospects appear firmer, top Fed officials said on Friday.
* Holdings in the SPDR Gold Trust , the world's largest gold-backed exchange-traded fund, fell to 1,259.325 tonnes by Jan 14 from 1,265.093 tonnes on Jan 13. They had fallen about one percent over the past week.
MARKET NEWS
* The S&P 500 ended a seventh straight week of gains with a bank-led rally amid healthy volume after encouraging financial results from JPMorgan.
* The dollar index was steady on Monday, after falling to a two-week low on Friday on disappointing U.S.consumer sentiment data.
DATA/EVENTS
- Japan Consumer confid. index
- OPEC Monthly Report - U.S. market holiday
RELATED NEWS
> US retail sales rise modestly, core prices tame
> Banks lead S&P 500 to 7th week of Wall St gains
> Fed officials say not yet time to remove stimulus
> Rising gasoline prices sour US consumer mood
> Euro zone divided on crisis plan before meeting
> US-China summit must deliver real results-Clinton
> China raises bank reserves; more tightening seen
> Euro zone inflation confirmed above ECB target
> Brent scales $99 before expiry, US oil rises
> Germany to hike 2011 growth forecast-paper > UK factory gate inflation speeds up
Terima Kasih,
Friday, January 14, 2011
Zakat Emas & Perak
Salam,
Seperti yang penulis telah sentuh sedikit di dalam artikel awal penulis berkenaan betapa istmewa Emas & Perak sehingga dikenakan Zakat berbanding logam lain , Firman Allah S.W.T yang bermaksud :-
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35
Peringatan ini adalah jelas menunjukkan kepentingan untuk menunaikan Zakat jika sudah memiliki Emas & Perak , untuk yang menetap di Johor , berikut adalah maklumat yang diambil dari website Majlis Agama Islam Johor Bahru.
http://www.maij.gov.my/zakat/z_emas.htm
ZAKAT EMAS DAN PERAK
Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.
Nisab Emas & Perak
Emas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram.
Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram.
Pengiraan
Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakai Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun.
Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.
Contoh pengiraan
Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah : RM5,000.00 X 2.5% = RM 125.00
Emas yang dipakai
Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.
Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emas
Bagi perak tiada had maksima ditetapkan
Buat yang menetap di negeri lain sila dapatkan maklumat lanjut di website Majlis Agama Negeri sendiri..
Penulis membayangkan jika yang boleh keluarkan Zakat Emas ini , bila jumlahnya semakin ramai , kutipannya sudah tentu akan bertambah banyak, pada tahun 2009 jumlah Zakat Emas/Perak yang telah dikutip oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor seperti jadual di bawah : -
http://www.maij.gov.my/utama.htm - sila ke menu Zakat , kemudian pilih menu Statistik
Jumlah Zakat Emas / Perak yang terkumpul adalah sebanyak RM 174,620.22 . Penulis membayangkan kalau penulis boleh membantu menambah jumlah pengeluar Zakat Emas ini , contohnya dengan penulis sudah membuka pejabat yang menjual Emas , di masa yang sama boleh menerangkan kepentingan untuk melabur / menyimpan Emas , seterusnya tentu dapat menambah sedikit sebanyak jumlah Zakat Emas untuk negeri Johor khususnya. Jika dengan bantuan & usaha sebegini hingga akhir tahun 2011 , tambahan jumlah pemilik Emas yang wajib dikenakan Zakat Emas sudah bertambah 1000 , secara purata setiap orang memiliki 100g : - mari membuat kira-kira ...;)
1000 pemilik Emas x 100 g = 100,000 g x ( harga di akhir tahun 2012 = RM 200.00 per g )
= RM20,000,000
Jumlah Zakat Emas untuk MAIJ = 20 Juta x 2.5% = RM500,000.00
Jumlah tambahan Zakat Emas untuk Negeri Johor RM 500,000 untuk 2012
berbanding 2009 = RM 174k.
Mengapa penulis membuat perkiraan untu 2012 ? ini disebabkan tahun 2011 inilah yang akan penulis usahakan untuk mencari 1000 orang ini , secara purata kesemua 1000 orang ini akan memilki Emas selama setahun ketika akhir 2012.
Mengapa penulis menggunakan nilai RM200.00 per/g di akhir 2012 ? ini adalah kerana penulis hanya mahu menjangka kenaikan sebanyak 15% sahaja setahun , katalah sekarang harga berlegar-legar di RM150.00 per g , pada akhir tahun 2011 mungkin harga sudah sampai RM 173.00 per g.
Seterusnya di akhir 2012 harga ketika itu sudah mencecah RM199 per g... bolehlah dijangka RM200.00 per g .. :).
Apapun ini hanyalah jangkaan peribadi penulis , namun dengan pertambahan jumlah Zakat Emas ini - tentunya mereka yang memerlukan lebih mudah di bantu oleh Majlis Agama Negeri Johor. Apapun bermula dengan sebuah impian , disulami dengan tekad & usaha yang kuat dibantu dokongan keluarga dan sahabat-sahabat , penulis menjangkakan misi penulis ini akan berjaya. Amin...
Insya'allah....
Thursday, January 13, 2011
Asas Pasaran Emas - mengetahui harga emas dunia & Malaysia ...
Jika memperkatakan tentang harga Emas , pada awal mengenali Emas penulis hanya mengetahui tentang harga Emas kalau lalu di kedai Emas tak kiralah , apa nama sekalipun setiap kedai selalunya memaparkan harga yang sama , seperti contohnya hari ini jika ke 2/3 kedai Emas , kita boleh lihat harga 999 untuk semua kedai Emas ini adalah RM 166 per g. Harga semua kedai Emas di Malaysia di katakan berpandukan Federation of Goldsmith and Jewellers Association of Malaysia
Apapun dengan teknologi di hujung jari kini , untuk mengetahui harga Emas semasa , ada beberapa website yang menjadi panduan penulis ..
1- www.lbma.org.uk - LBMA - dari website ini mungkin tidak semua tetapi kebanyakan peniaga Emas akan menggunakan harga disini sebagai asas harga mereka , memandangkan harga hanya dikemaskini 2 kali sehari AM & PM mengikut masa London sehari sekali pun dah cukup kalau nak ke website ini.....
2- http://www.kitco.com/charts/livegold.html - namun jika anda berminat untuk mengetahui harga yang yang diketahui akan berubah setiap detik KITCO juga boleh menjadi panduan yang baik ...
Namun untuk memahami mengikuti harga Emas tetapi anda berurusniaga dengan menggunakan Ringgit Malaysia adalah pelik jika hanya merujuk website ini .... namun jika anda duduk di New York atau London ini dah cukup kalau anda sekadar pelabur kecil , kerana kalau anda pelabur besar anda perlu membaca lebih banyak dari sekadar graf , kerana sentiment banyak memainkan peranan harga Emas masa kini ( mungkin artikel selepas ini )...
3 - Pelabur juga harus sensitif dgn nilai semasa tukaran Ringgit Malaysia / US Dollar , kerana seperti difahami harga Emas sememangnya berasaskan USD - mengapa ? mungkin kerana ekonomi dunia kini berkiblatkan US - namun jika penulis ada jawapan yang pasti - jika ada , penulis akan kongsikan ....
website yang terbaik untuk melihat nilai tukaran USD/MYR , jika di Malaysia mestilah website Bank Negara Malaysia ..;) http://www.bnm.gov.my/statistics/exchangerates.php .
4 - Namun memandangkan nilai di website Bank Negara ini tidak dikemaskini setiap saat :) , anda mahukan nilai yang lebih tepat kerana pergerakan nilai matawang seperti yang semua maklum juga bergerak seperti nilai Emas di Kitco - penulis selalunya ke Xe.com , ada banyak lagi website yang diperkenalkan kepada penulis untuk tujuan mengikuti perkembangan tukaran matawang , namun penulis dah biasa mungkin dengan XE.COM... ;) , tapi kalau rajin klik di graf sebelah pergerakan nilai tu kalau nampak menjunam sangat LBMA , KITCO lebih kurang macam semalamnya & penulis rasa harga EMAS USD sesuai , penulis selalunya call dealer penulis untuk bertanyakan stok...
5 - Memandangkan kebanyakan website menggunakan USD/oz sebagai panduan , dan jika penulis tiada calculator di tangan penulis terus buka http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html segala conversion dah siap ....
6 - Kalau dah minat dengan Emas mengetahui harga sahaja tak mencukupi , bacalah website ekonomi dunia yang lain , kalau tak cukup masa penulis baca reuters je - http://www.reuters.com/finance/commodities klik article tentang Precious Gold - selalunya rumusan untuk trading hari sebelumnya & perkembangan semasa pasaran Emas dah diringkaskan dalam satu artikel sahaja.... :)
7 - http://usagold.com/dailyquotes.html - kalau ada banyak masa penulis juga surf website ni untuk buat baca-baca .. :)
banyak lagi kalau nak ikut website baca ikut tapi ini pun dah banyak juga ni ...
artikel selepas ini mungkin penulis akan tulis tentang pilihan untuk membeli Emas di Malaysia ...
Sekian , Wassalam ...
Asas Pasaran Emas di Malaysia - pengalaman peribadi...
Pengalaman penulis berkenaan Emas mungkin tidak sampai berpuluh-tahun namun dengan sedikit pengalaman ini , perkongsian ini harapnya boleh membantu buat yang mula nak berjinak dengan Emas di Malaysia ...
Mengapa Emas menjadi antara pilihan utama untuk dibuat perniagaan / pelaburan / simpanan ?
- Jika pelabur yang memang menghargai data - sejarah harga emas sudah cukup untuk meyakinkan mereka..
- Namun jika pelabur yang sememangnya mempunyai portfolio yang banyak selain dari emas , contohnya Amanah Saham , Rumah , Simpanan Tetap , Pasaran Saham , Forex atau pelaburan yang sebagaimana pun boleh memahami pelaburan di dalam Emas mungkin bukan yang terbaik namun paling kurang berisiko & stabil..
- Dengan sifat Emas yang sememangnya diterima di mana-mana negara di dunia , jelas sekali memiliki Emas adalah lebih baik dari memiliki wang kertas mana-mana negara sekalipun..;)
- Mengapa Emas begitu dihargai dari zaman dahulu hingga sekarang ? pendapat peribadi penulis mudah sahaja , dari zaman dahulu hingga sekarang Emas terlalu unik , buatlah campuran sebarang unsur di muka bumi ini - tidak mungkin dapat membentuk Emas , jika anda sudah boleh temui cara untuk membuat Emas sendiri , Emas yang dikeluarkan dari perut bumi sebanyak kira-kira 2,500 tan setahun itu tentu sahaja sudah tidak bernilai dari zaman dahulu lagi. Klik sini untuk membaca tentang Emas di Wikipedia.
- Namun setiap orang punya alasan sendiri untuk melabur di dalam Emas , namun di sisi Islam lebih menarik jika komoditi Emas ini ingin kta perkatakan , sebagai Muslim pasti kita menyedari antara Zakat yang wajib dikenakan adalah Zakat Emas & Perak , apa yang istimewa tentang Emas & Perak sehingga mendapat perhatian khusus sehingga perlu di zakatkan ?, mengapa tidak logam yang lain ?
Kita memahami setiap ayat yang diturunkan Allah S.W.T pasti ada hikmahnya ...
Sekian, mungkin selepas ini penulis akan menyentuh bagaimana mahu mengetahui harga emas semasa dunia & di Malaysia...
Insya'Allah...
Salam
Alhamdulillah,
Niaga Emas Johor adalah sebuah blog untuk penulis menjual emas &
berkongsi pendapat mengenai pasaran emas di Malaysia terutamanya ,
dengan bantuan Yang Maha Esa & dokongan rakan-rakan Insya'allah kita akan berjaya..
Amin...






