Zakat Emas & Perak

Zakat Emas & Perak

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud: “Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35

Thursday, January 13, 2011

Asas Pasaran Emas di Malaysia - pengalaman peribadi...

Salam ,

Pengalaman penulis berkenaan Emas mungkin tidak sampai berpuluh-tahun namun dengan sedikit pengalaman ini , perkongsian ini harapnya boleh membantu buat yang mula nak berjinak dengan Emas di Malaysia ...

Mengapa Emas menjadi antara pilihan utama untuk dibuat perniagaan / pelaburan / simpanan ?

- Jika pelabur yang memang menghargai data - sejarah harga emas sudah cukup untuk meyakinkan mereka..

- Namun jika pelabur yang sememangnya mempunyai portfolio yang banyak selain dari emas , contohnya Amanah Saham , Rumah , Simpanan Tetap , Pasaran Saham , Forex atau pelaburan yang sebagaimana pun boleh memahami pelaburan di dalam Emas mungkin bukan yang terbaik namun paling kurang berisiko & stabil..

- Dengan sifat Emas yang sememangnya diterima di mana-mana negara di dunia , jelas sekali memiliki Emas adalah lebih baik dari memiliki wang kertas mana-mana negara sekalipun..;)

- Mengapa Emas begitu dihargai dari zaman dahulu hingga sekarang ? pendapat peribadi penulis mudah sahaja , dari zaman dahulu hingga sekarang Emas terlalu unik , buatlah campuran sebarang unsur di muka bumi ini - tidak mungkin dapat membentuk Emas , jika anda sudah boleh temui cara untuk membuat Emas sendiri , Emas yang dikeluarkan dari perut bumi sebanyak kira-kira 2,500 tan setahun itu tentu sahaja sudah tidak bernilai dari zaman dahulu lagi. Klik sini untuk membaca tentang Emas di Wikipedia.

- Namun setiap orang punya alasan sendiri untuk melabur di dalam Emas , namun di sisi Islam lebih menarik jika komoditi Emas ini ingin kta perkatakan , sebagai Muslim pasti kita menyedari antara Zakat yang wajib dikenakan adalah Zakat Emas & Perak , apa yang istimewa tentang Emas & Perak sehingga mendapat perhatian khusus sehingga perlu di zakatkan ?, mengapa tidak logam yang lain ?

Kita memahami setiap ayat yang diturunkan Allah S.W.T pasti ada hikmahnya ...

Sekian, mungkin selepas ini penulis akan menyentuh bagaimana mahu mengetahui harga emas semasa dunia & di Malaysia...

Insya'Allah...

No comments:

Post a Comment