Zakat Emas & Perak

Zakat Emas & Perak

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud: “Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35

Friday, January 14, 2011

Zakat Emas & Perak

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam,

         Seperti yang penulis telah sentuh sedikit di dalam artikel awal penulis berkenaan betapa istmewa Emas & Perak sehingga dikenakan Zakat berbanding logam lain , Firman Allah S.W.T yang bermaksud :-

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35

        Peringatan ini adalah jelas menunjukkan kepentingan untuk menunaikan Zakat jika sudah memiliki Emas & Perak , untuk yang menetap di Johor , berikut adalah maklumat yang diambil dari website Majlis Agama Islam Johor Bahru.

http://www.maij.gov.my/zakat/z_emas.htm

ZAKAT EMAS DAN PERAK

Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.

Nisab Emas & Perak 

Emas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram.
Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram.

Pengiraan 

Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakai Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun.
Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.

Contoh pengiraan 
Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah : RM5,000.00 X 2.5% = RM 125.00

Emas yang dipakai
Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.

Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emas

Bagi perak tiada had maksima ditetapkan

Buat yang menetap di negeri lain sila dapatkan maklumat lanjut di website Majlis Agama Negeri sendiri..

           Penulis membayangkan jika yang boleh keluarkan Zakat Emas ini , bila jumlahnya semakin ramai , kutipannya sudah tentu akan bertambah banyak, pada tahun 2009 jumlah Zakat Emas/Perak yang telah dikutip oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor seperti jadual di bawah : -
 http://www.maij.gov.my/utama.htm - sila ke menu Zakat , kemudian pilih menu Statistik
 
            Jumlah Zakat Emas / Perak yang terkumpul adalah sebanyak RM 174,620.22 . Penulis membayangkan kalau penulis boleh membantu menambah jumlah pengeluar Zakat Emas ini , contohnya dengan penulis sudah membuka pejabat yang menjual Emas , di masa yang sama boleh menerangkan kepentingan untuk melabur / menyimpan Emas , seterusnya tentu dapat menambah sedikit sebanyak jumlah Zakat Emas untuk negeri Johor khususnya. Jika dengan bantuan & usaha sebegini hingga akhir tahun 2011 , tambahan jumlah pemilik Emas yang wajib dikenakan Zakat Emas sudah bertambah 1000 , secara purata setiap orang memiliki 100g : - mari membuat kira-kira ...;)

1000 pemilik Emas x 100 g = 100,000 g x ( harga di akhir tahun 2012 = RM 200.00 per g )

= RM20,000,000

 Jumlah Zakat Emas untuk MAIJ = 20 Juta x 2.5% = RM500,000.00

Jumlah tambahan Zakat Emas untuk Negeri Johor RM 500,000 untuk 2012
berbanding 2009 = RM 174k.

      Mengapa penulis membuat perkiraan untu 2012 ? ini disebabkan tahun 2011 inilah yang akan penulis usahakan untuk mencari 1000 orang ini , secara purata kesemua 1000 orang ini akan memilki Emas selama setahun ketika akhir 2012.
   
      Mengapa penulis menggunakan nilai RM200.00 per/g di akhir 2012 ? ini adalah kerana penulis hanya mahu menjangka kenaikan sebanyak 15% sahaja setahun , katalah sekarang harga berlegar-legar di RM150.00 per g , pada akhir tahun 2011 mungkin harga sudah sampai RM 173.00 per g.
Seterusnya di akhir 2012 harga ketika itu sudah mencecah RM199 per g... bolehlah dijangka RM200.00 per g .. :).
     
      Apapun ini hanyalah jangkaan peribadi penulis , namun dengan pertambahan jumlah Zakat Emas ini - tentunya mereka yang memerlukan lebih mudah di bantu oleh Majlis Agama Negeri Johor. Apapun bermula dengan sebuah impian , disulami dengan tekad & usaha yang kuat dibantu dokongan keluarga dan sahabat-sahabat , penulis menjangkakan misi penulis ini akan berjaya. Amin...

Insya'allah.... 
       

2 comments:

  1. Baik huraikan cara pengiraan zakat emas betul2. First 85 gram xltak oerlu di zakat. Lebih dari itu baru wajib dikeluarkan zakat 2.5%. Contoh ada 100 g. Cukup setahun keluar zakat 2.5% atas 15 gram yg terlebih dari 85 gram yg dibenar. Iaitu 15 g x 2.5%

    ReplyDelete
  2. Ada negeri yg mengamalkan kiraan zakat atas lebihan emas dari 85 gram,dan ada yg mengira kadar zakat dari jumlah emas yg ada.X silap sy johor mengamalkan kiraan zakat pada jumlah emas yg ada bukannya pada lebihan emas.

    ReplyDelete