Zakat Emas & Perak

Zakat Emas & Perak

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud: “Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35

Thursday, January 13, 2011

Asas Pasaran Emas - mengetahui harga emas dunia & Malaysia ...

Salam ,

               Jika memperkatakan tentang harga Emas , pada awal mengenali Emas penulis hanya mengetahui tentang harga Emas kalau lalu di kedai Emas tak kiralah , apa nama sekalipun setiap kedai selalunya memaparkan harga yang sama , seperti contohnya hari ini jika ke 2/3 kedai Emas , kita boleh lihat harga 999 untuk semua kedai Emas ini adalah RM 166 per g. Harga semua kedai Emas di Malaysia di katakan berpandukan Federation of Goldsmith and Jewellers Association of Malaysia

            Apapun dengan teknologi di hujung jari kini , untuk mengetahui harga Emas semasa , ada beberapa website yang menjadi panduan penulis ..
1- www.lbma.org.uk - LBMA - dari website ini mungkin tidak semua tetapi kebanyakan peniaga Emas akan menggunakan harga disini sebagai asas harga mereka , memandangkan harga hanya dikemaskini 2 kali sehari AM & PM mengikut masa London sehari sekali pun dah cukup kalau nak ke website ini.....

2- http://www.kitco.com/charts/livegold.html - namun jika anda berminat untuk mengetahui harga yang yang diketahui akan berubah setiap detik KITCO juga boleh menjadi panduan yang baik ...
                     Namun untuk memahami mengikuti harga Emas tetapi anda berurusniaga dengan menggunakan Ringgit Malaysia adalah pelik jika hanya merujuk website ini .... namun jika anda duduk di New York atau London ini dah cukup kalau anda sekadar pelabur kecil , kerana kalau anda pelabur besar anda perlu membaca lebih banyak dari sekadar graf , kerana sentiment banyak memainkan peranan harga Emas masa kini ( mungkin artikel selepas ini )...

3 - Pelabur juga harus sensitif dgn nilai semasa tukaran Ringgit Malaysia / US Dollar , kerana seperti difahami harga Emas sememangnya berasaskan USD - mengapa ?  mungkin kerana ekonomi dunia kini berkiblatkan US - namun jika penulis ada jawapan yang pasti - jika ada , penulis akan kongsikan ....
website yang terbaik untuk melihat nilai tukaran USD/MYR , jika di Malaysia mestilah website Bank Negara Malaysia ..;) http://www.bnm.gov.my/statistics/exchangerates.php .
 4 - Namun memandangkan nilai di website Bank Negara ini tidak dikemaskini setiap saat :) ,  anda mahukan nilai yang lebih tepat kerana pergerakan nilai matawang seperti yang semua maklum juga bergerak seperti nilai Emas di Kitco - penulis selalunya ke Xe.com , ada banyak lagi website yang diperkenalkan kepada penulis untuk tujuan mengikuti perkembangan tukaran matawang , namun penulis dah biasa mungkin dengan XE.COM... ;) , tapi kalau rajin klik di graf sebelah pergerakan nilai tu kalau nampak menjunam sangat LBMA , KITCO lebih kurang macam semalamnya & penulis rasa harga EMAS USD sesuai , penulis selalunya call dealer penulis untuk bertanyakan stok...

5 - Memandangkan kebanyakan website menggunakan USD/oz sebagai panduan , dan jika penulis tiada calculator di tangan penulis terus buka http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html segala conversion dah siap ....

6 - Kalau dah minat dengan Emas mengetahui harga sahaja tak mencukupi , bacalah website ekonomi dunia yang lain , kalau tak cukup masa penulis baca reuters je - http://www.reuters.com/finance/commodities klik article tentang Precious Gold - selalunya rumusan untuk trading hari sebelumnya & perkembangan semasa pasaran Emas dah diringkaskan dalam satu artikel sahaja.... :)

7 - http://usagold.com/dailyquotes.html - kalau ada banyak masa penulis juga surf website ni untuk buat baca-baca .. :)

banyak lagi kalau nak ikut website baca ikut tapi ini pun dah banyak juga ni ...

artikel selepas ini mungkin penulis akan tulis tentang pilihan untuk membeli Emas di Malaysia ...

Sekian , Wassalam ...

No comments:

Post a Comment